
Salam Sejahtera kepada semua Rakyat
Hari ini 22 September 2007, rakyat Malaysia masih lagi berada dalam suasana pilu di atas, terutamanya selepas berlaku peristiwa penemuan mayat Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, sehinggalah keputusan ujian DNA diumumkan & pengesahan status mayat Nurin dan sehingga semalam jam 2.45 petang, selepas solat Jumaat Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak dengan dihadiri oleh kira-kira 500 hadirin,...
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang perihatin marilah kita sama-sama membacakan Umul kitab Al-Fatihah sebagai tanda penghormatan kita yang terakhir terhadap Allahyarham, dan semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang soleh disisi Allah s.w.t, Al-Fatihah...
Rentetan Kehilangan sehinggalah penemuan mayat Allahyarham Nurin Jazlin
KRONOLOGI:
- 20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
- 24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
- 26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
- 28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
- 29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
- 1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi menyusun strategi mencarinya
- 3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
- 3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
- 4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
- 5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
- 5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin
- 10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
- 11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
- 14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
- 17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal
- 17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
- 20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan
Kepada ibu-bapa Allahyarham Nurin Jazlin Jasimin…

Kami team Warta Jenayah dan juga seluruh rakyat
En. Jazimin Abd Jalil dan Pn. Norazian Bistaman bersabar dan redha di atas segala musibah yang telah menimpa seluruh ahli keluarga beliau. Semoga Allah memberkati Kesabaranmu itu, dan dijadikan sebagai golongan yang bertakwa disisiNya.
Team
Polis dapat petunjuk kes mayat dalam beg
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Hardi Effendi Yaacob
Helaian rambut itu serta sampel darah mangsa dikatakan dihantar ke Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Menurut sumber, kanak-kanak itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya yang disumbat dalam beg pakaian dengan kaki mangsa dilipat ke dada, ditinggalkan berhampiran pejabat sebuah syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama.
"Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya kepada Berita Harian.
Penemuan mayat kanak-kanak itu kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, pada mulanya disangka Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang selepas mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju, tiga minggu lalu.
Bagaimanapun, selepas proses pengecaman dilakukan ibu bapa Nurin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang kelmarin, mayat itu disahkan bukan Nurin.
Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati ususnya pecah dan mengalami pendarahan teruk di bahagian dalam perut akibat disumbat benda keras, yang dipercayai timun dan terung.
Laporan bedah siasat yang dikeluarkan Jabatan Forensik HKL turut mengesahkan terdapat banyak kesan lebam di badan mangsa, dipercayai dipukul.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa adalah warga asing kerana tiada kesan suntikan BCG ditemui pada lengannya.
"Berdasarkan keadaan fizikalnya, mangsa dipercayai berusia lapan hingga 10 tahun, dengan ketinggian 150 sentimeter dan berat kira-kira 18 kilogram serta mempunyai tanda lahir pada paha kiri.
"Mangsa bertubuh kurus, kulit cerah dan berambut kerinting paras telinga," katanya kepada pemberita di sini.
Polis semalam turut mengedarkan gambar mangsa dalam usaha mengesan waris kanak-kanak itu kerana mayatnya ditemui tanpa dokumen pengenalan diri.
"Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran turut dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu jika ada laporan kanak-kanak hilang di kawasan mereka. Bagaimanapun, belum ada apa-apa perkembangan positif setakat ini," katanya.
Orang ramai yang mengenali mangsa atau kehilangan anak perempuan diminta menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.
Arjunaidi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
"Ini pembunuhan yang kejam kerana membabitkan mangsa kanak-kanak. Melihatkan keadaan mayat dan kecederaan dialaminya, pembunuhnya seorang yang tidak berperikemanusiaan dan ada kemungkinan mengalami masalah mental," katanya.
Beliau berkata, polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat beg berisi mayat itu ditemui dalam usaha mengesan suspek.
"Rakaman CCTV yang diberikan syarikat penerbitan itu tidak menunjukkan rakaman luar premis, kecuali rakaman dari kedai di sebelahnya tetapi fokus kamera tidak menghala ke tempat kejadian.
"Kita masih meneliti rakaman individu yang lalu lalang di tempat kejadian dalam tempoh 24 jam sebelum mayat ditemui," katanya.
Mayat dalam beg sah Nurin
Oleh Jalal Ali Rahim, Hardi Effendi Yaacob, Hanneeyzah Bariah Baharin, Ifwan Tun Tuah dan Nahar Tajri
GAMBAR (kiri): Mayat ditemui dalam beg, (kanan): Nurin Jazlin Jazimin.Ujian DNA dapati 99.99 peratus sampel darah budak hilang sepadan ibu bapa
SHAH ALAM: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan sampel darah mayat kanak-kanak yang ditemui dalam beg pakaian di Taman Petaling Utama, Isnin lalu, sepadan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu.
Keputusan ujian yang diperoleh polis pada jam 2 petang semalam itu, dimaklumkan kepada ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman sejam selepas itu. Bagaimanapun kedua-duanya, yang dipanggil sekali lagi untuk membuat pengecaman mayat di Hospital
"Ujian DNA mengesahkan sampel darah itu mempunyai padanan. Sains sudah membuktikan identiti mayat itu. Apa lagi yang boleh kita buat kalau keputusan ini tidak boleh diterima keluarganya," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Selamat tinggal sayang

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak di sini hari ini apabila jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan deraan seksual, Nurin Jazlin Jazimin, 8, disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang ini selepas solat Jumaat.
Bapa mangsa, Jazimin Abdul Jalil, 33, dan ibunya, Norazian Bistaman, 35, serta tiga adik-beradik Nurin Jazlin tidak dapat menahan tangisan mereka ketika jenazah itu diturunkan ke liang lahad.
Suasana bertambah pilu sewaktu 500 hadirin di tanah perkuburan itu memberi perhatian kepada bacaan talkin oleh Imam Madrasah Assa’Adah, Abdul Aziz Elias Zahari Abdullah.
Selesai upacara pengebumian yang diadakan ketika cuaca panas terik, Jazimin yang sebelum ini tidak dapat menerima hakikat bahawa kanak-kanak yang dibunuh itu adalah anaknya gagal mengawal emosi.
Pemandu teksi itu menangis teresak-esak di hadapan pusara Nurin Jazlin hingga terpaksa ditenangkan oleh keluarga terdekat. Isterinya, Norazian berdiri di sisi bersama tiga orang anak mereka iaitu Nurin Jazshira, 10; Nurin Jazrina, 6, dan Nurin Jazliza yang berusia setahun.
Jazimin yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam kemudian dilihat memeluk isterinya yang berjubah dan bertudung hitam.
Norazian juga tidak dapat menerima hakikat pemergian anak kesayangan mereka.
‘‘Kita dah berikhtiar, nak buat macam mana.
‘‘Allah sayangkan Kak Ngah (Nurin Jazlin), nak buat macam mana. Allah sayangkan Kak Ngah,’’ bisik Jazimin sambil memeluk isterinya buat seketika.
Turut berada di tanah perkuburan itu menyaksikan pengebumian Nurin Jazlin yang hilang selama sebulan sebelum ditemui mati dalam keadaan tragis ialah Isteri Yang Dipertua Negeri Melaka, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Puteri UMNO Wangsa Maju, Datin Ismalina Ismail dan kenalan rapat keluarga mangsa iaitu penyanyi dan pelakon, Hail Amir.
Selepas perasaannya kembali tenang, Jazimin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan tidak putus-putus mengirim ucapan takziah kepadanya sekeluarga.
Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pagi ini sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu.
Semalam, Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui dalam sebuah beg pakaian di Petaling Jaya pada 17 September lalu ialah Nurin Jazlin.
Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat itu menggunakan sampel kuku, rambut dan darah ibu bapa Nurin Jazlin mendapati ia sepadan.
Jazimin petang semalam masih tidak mahu menerima keputusan DNA itu, tetapi mengubah fikirannya selepas bertemu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad malam tadi.
Imam sembahyang jenazah, Abdul Aziz Elias Zahari juga dilihat menangis teresak-esak ketika membaca doa selepas mengimamkan solat berkenaan yang disertai 200 jemaah.
Keluarga terdekat dan ribuan orang ramai tanpa mengira peringkat umur dan kaum turut menziarah. Turut datang ialah rakan-rakan sekolah dan guru-guru Nurin Jazlin yang berkumpul di madrasah itu bagi menatap buat kali terakhir jenazah mangsa yang tiba kira-kira pukul 11.30 pagi.
Ibunya, Norazian, tidak mampu untuk berkata-kata. Setiap pertanyaan pemberita dan kenalannya hanya disambut dengan esakan wanita itu.
Antara yang turut menziarahi jenazah Nurin Jazlin di madrasah itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Zulhasnan Najib Baharudin.
Sementara menunggu jenazah anaknya disembahyangkan, Jazimin sempat menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah bagi dirinya dan isteri berserta anak-anaknya.
Beliau juga membayar zakat fitrah untuk Allahyarham Nurin Jazlin.
Zakat fitrah untuk enam orang yang nilai keseluruhannya RM28.20 diterima oleh Amil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Abdul Manan Abdullah.
Jazimin datang ke rumah mayat (HKL) pagi ini bagi menuntut jenazah anak keduanya daripada empat beradik itu.
Beliau tiba kira-kira pukul 10 pagi.
Sepanjang proses menuntut mayat dan menunggu jenazah anaknya dikafankan, beliau kelihatan sugul dan tidak dapat menahan perasaan mengenangkan anak perempuannya menjadi mangsa bunuh dan penderaan seksual.
Jazimin, yang ditemani keluarga dan sanak saudara, dibenarkan membawa keluar mayat anaknya pada pukul 11.15 pagi.
Selepas bacaan doa, jenazah dibawa keluar dari pekarangan hospital dengan sebuah van sambil disaksikan dengan wajah sayu oleh orang ramai dan kakitangan HKL.
Ucapan Takziah Team Warta Jenayah
Team Warta Jenayah mengucapkan Takziah kepada kedua ibu bapa Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, semoga segala yang berlaku ada hikmahnya disisi Allah s.w.t. Rasa terima ksih juga kepada rakyat Malaysia di atas keperihatinan anda serta usaha bersungguh-sungguh oleh pihak Polis DiRaja Malaysia dalam menangani kes ini.
Harapan kami semoga mereka yang bersalah akan dibawa kemuka pengadilan.
